Bantal masam

Dear Maryam,

How are you sayang? i miss you so much. dah lama rasanya mama tak tulis surat kat Maryam. Maryam apa khabar? rindu kat mama tak? rindu kat bapak tak?

Hari Ahad aritu lupa nak cakap ngan Maryam, Bapak, Abam ngan mama nak pergi tempat Tanter. Kitaorg nak pergi hari jumaat ni, jumaat minggu depan kitaorang balik. So, khamis petang atau jumaat pagi sebelum flight mama akan singgah tengok Maryam dulu. Maryam jangan nakal2. eh, tapi, Maryam kan boleh ikut mama. Datang la sekali. Join kitaorg kat sana ok.

2 malam lepas, masa mama tengah packing baju dalam bilik, mama dengar suara orang menangis kat hall. bila mama tengok, rupanya Bapak tengah tengok gambar Maryam. Bapak sedih Maryam tak dapat ikut. Bapak sedih tak dapat bawak maryam pegi jalan-jalan kat Seoul dengan abam.

Mama pun sedih. tapi mama cakap, tempat Maryam sekarang lagi best dari Seoul. Dari best dari rumah, lagi best dari segala-galanya yang bapak and mama bleh bagi kat maryam. Tak terbanding nikmat yang Maryam rasa sekarang kalo nak dibandingkan dengan hidup kat dunia dengan mama, dengan bapak, dengan semua orang. walaupun semua orang sayang sangat dengan Maryam, tak terbanding nikmatnya kasih sayang yang Maryam rasa kat sana.

Im sure tempat tidur Maryam jauh lebih cantik, lebih indah. walopon Mama prefer Maryam tido kat celah ketiak Mama. im willing to do anything just to have you sleeping next to me once again. walaupon mama kena tendang ngan maryam sebab Maryam tidor lasak, walopon bantal mama basah dan ada bau masam dengan peluh dari kepala Maryam

7 comments:

  1. nurul.....sensetif jugak wak jue ye..... selamat pergi dan selamat kembali ye, moga perjalanan nurul dan family kesana di permudahkan...

    ReplyDelete
  2. ni bukan soal sensitif, ni soal kasih sayang.

    Bapak mana nak sayang kat anak dia...

    bapak mana yang tak rindu anak dia...

    tiap2 hari, maryam yang akan mula2 sekali sambut bila Bapak balik kerja.

    sekarang ni takde lagi dah....

    takde lagi dengar suara dia menjerit "Bapakkkkk" sambil lari, sambil pakai kasut, peluk, gelak tawa, happy sangat jumpa Bapak macam dah 10 tahun dah jumpa.

    ReplyDelete
  3. akak pon suke bau peluh kepala kyra... walopon cium kepala 3 ank.. bau adalah berlainan... moga selamat pergi dan kembali..

    ReplyDelete
  4. Selamat pergi dan kembali. iyer..tempat Maryam sekarang lebih baik dari segalanya yang ada di dunia nih walaupun sebagai ibu sudah pasti kita lebih prefer dia dengan kita.

    ReplyDelete
  5. this is the 1swt time i read your blog

    speechless

    i can't imagine myself in your situation

    this is on my constant reading list now. so sorry to hear about this. you're strong, i know.

    live your life for someone else too okay ;-)

    ReplyDelete
  6. moga selaamt pergi dan selamat pulang, maryam pasti gembira bila mama dan papa dia gembira.

    ReplyDelete
  7. maaf, 1st time saya baca blog ni selepas membaca di thread mothers of angels. maaf jugak sebab tak dapat nak menahan air mata saya yang mengalir laju walaupun hakikatnya saya membaca di pejabat....
    semoga mamamaryam tabah selalu.....

    ReplyDelete