Update on Wan



Dear Maryam,

Alhamdulillah Wan dah semaakin baik. Masa dia kat hospital dia selalu teringatkan Maryam. Kalo Mama cakap ngan dia, Wan selalu nangis sbb dia kata dia nampak maryam dok panggil Wan. Dah la Wan dok kat hospital yang sama dengan hospital maryam.. Minggu lepas pulak, Wan asik sesak nafas masa tengah malam... sama waktu macam Maryam tinggalkan Mama dulu... rasanya tu yang buat Wan sebak sangat.... dia kata dia rindu kat Maryam.

Sebelum dia masuk hospital minggu lepas dia kata dia takdak baju raya, so Mama dah belikan baju kemeja warna hijau untuk Wan. Kenapa hijau?  Sebab Wan yang mintak baju warna hijau. Kebetulan pulak sama warna dengan Yasmin.

Jumaat lepas Wan dah balik dari hospital. Sekarang Wan berehat kat rumah. Harap2 Wan tak payah masuk hospital lagi lepas ni. Khalil ngan Yasmin pon nampak happy sangat dapat jupa Wan.




No comments:

Post a Comment