Disebabkan ramai yang bertanya punca pemergian Maryam (selain daripada kehendak yang Maha Esa) disini saya mengambil note yang telah disediakan khas oleh sahabat saya, Norliza Ns. Semoga kita dapat mempelajari sesuatu dari note ini. Sekali lagi, terima kasih Kak Norliza.
Alfatihah kepada Allahyarhamah Adik Maryam Saffiyah
(http://www.facebook.com/nurul.hanis?ref=search&sid=1665076021.498642854..1#!/album.php?aid=144002&id=716284021)
Meningitis ialah radang pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.
Meningococcal meningitis ialah radang pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang yang berpunca dari jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Neisseria meningitides yang masuk melalui saluran pernafasan, merebak ke dalam darah dan kemudian menular ke selaput otak (meninges) dan cecair serebrospina.
Meningococcal meningitis adalah satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa kurang dari 24 jam.
Statistik tahunan menunjukkan terdapat sebanyak 2,000 kes di United Kingdom, 4,000 kes di Amerika Syarikat, dan sebanyak 40,000 kes di negara Afrika. Negara maju seperti United Kingdom, di mana sistem diagnostik mereka adalah tercanggih, kematian disebabkan meningococcal meningitis masih berlaku walaupun rawatan yang betul telah diberikan kepada pesakit.
Organisme Neisseria meningitides ditemui dalam sel manusia pada belakang tekak (nasofaring).
Terdapat individu yang mempunyai bakteria ini dalam tekak mereka tetapi tidak menunjukkan gejala penyakit. Golongan ini di kenali sebagai pembawa bakteria (carrier). Mereka ini mungkin menjadi punca jangkitan kepada individu lain.
Apabila seseorang itu dijangkiti bakteria Neisseria meningitides, ini menunjukkan bahawa bakteria telah merebak dan ia meningkatkan risiko jangkitan kepada orang yang berdekatan dengan pesakit (ibu-bapa, keluarga dan jika di kampus ialah rakan sebilik dan kawan-kawan rapat).
Bakteria Neisseria meningitides terbahagi kepada beberapa jenis atau serotype. Serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype A, B, C, Y dan W135. Di seluruh dunia, termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype B dan C. Di Asia, ialah serotype A dan C manakala serotype W135 ialah jenis yang sering ditemui di kalangan jemaah haji. Serotype Y pula dikatakan semakin meningkat di Amerika Syarikat.
CARA JANGKITAN
Bakteria Neisseria meningitides boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafaan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan resusitasi mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).
MEREKA YANG BERISIKO
Jangkitan mudah merebak di kalangan:
Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.
Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.
GEJALA
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.
Tanda penyakit ialah:
Demam dengan suhu yang tinggi
Loya dan muntah
Sakit kepala
Kekejangan pada leher
Kekeliruan
Mengantuk
Ruam/bintat merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit. Gejala ini membezakan meningococcal meningitis dari meningitis yang lain. Walaubagaimanapun adakalanya penyakit silap didiagnosa oleh pakar perubatan kerana menyangka ia demam denggi kerana denggi lebih kerap berlaku di negara ini
DIAGNOSA
Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui:
ujian mikroskopik
ujian biokimia
ujian kultur
ke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture (lihat gambar 3).
Lain-lain ujian yang dijalankan ialah
ujian darah
CT-scan.
RAWATAN
Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena.
PENCEGAHAN
Terdapat dua cara mencegah meningococcal meningitis:
Kemoprofilaksis.
Rawatan ini khas untuk mereka yang rapat dengan pesakit. Ia bertujuan menghalang jangkitan terutama kepada mereka yang berisiko.Individu ini diberi antibiotik RIFAMPICIN (10mg/kg atau dos maksimum 600mg untuk ditelan sebanyak dua kali sehari selama dua hari atau CIPROFLOXACIN 500 mg satu dos atau OFLOXACIN 400mg untuk satu dos.
Imunisasi.
Imunisasi merupakan kaedah pencegahan jangka panjang. Kesan diperolehi selepas dua minggu imunisasi diambil. Ia biasanya diberi kepada bakal-bakal haji. Terdapat tiga jenis vaksin iaitu:
Vaksin quadivalent: untuk serotype A, C, Y dan W135.
Vaksin bivalent untuk serotype A dan C
Vaksin conjugate untuk serotype C.
Para jemaah haji diberi vaksin quadrivalent.
Sehingga kini belum ada vaksin yang dihasilkan bagi serotype B.
KOMPLIKASI
Kecacatan otak
Hilang pendengaran
Kegagalan organ penting seperti buah pinggang dan hati.
Kematian.
Sumber:
www.utusan.com.my
http://htaiping.moh.gov.my/modules/news/index.php?storytopic=5
Alfatihah kepada Allahyarhamah Adik Maryam Saffiyah
thanks fot the info nurul.. take care sayang..
ReplyDeleteMariam dmam ka sblom dsahkan meningitis tu??
ReplyDeleteIt's not my aim to be a ballbreaker, but I think you can do better content than this. More content would be good.
ReplyDeleteCheck out my weblog small personal loans