Dear Maryam,
Mama baru habis sessi bacaan Yassin kat office. Sedaya upaya Mama cuba tahan air mata, tapi jatuh jugak bila sampai kat 'kun fa ya kun'. Phrase yang sangat simple, tapi membawa maksud dah kesan yang begitu mendalam.
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
Dia yang mengurniakan Maryam kepada Mama dan Bapak, Dia jugalah yang mengambil Maryam pulang kesisiNya. Walaupun pada mulanya tanpa kerelaan Mama dan Bapak.
Siapa yang rela melihat puteri kecilnya menghembus nafas terakhir?
Siapa yang rela memandikan puteri kecil dengan air kapur barus?
Siapa yang rela melihat puteri kecik dipakaikan kain putih lapis demi lapis?
Siapa yang rela berjalan meninggalkan perkuburan selepas mengetahui puteri kecil bersemadi disitu dan tidak akan pulang ke rumah lagi?
Walaupon sesungguhnya kita tau itulah destinasi kita.
Walaupon sesungguhnya kita tahu itulah tempat yang terbaik untuk kita.
Kerana sesungguhnya kasih sayang Mama dan Bapak tidak setanding kasih sayang Allah yang Maha Esa.
Yang lebih mengetahui.
Saat dan ketika ini, air mata ini jatuh lagi. Jatuh kerana merindui Maryam. Merindui gelak tawa Maryam. Merindui leret mata Maryam. Merindui panggilan 'Mama' dari suara Maryam.
Tiada lagi baju cantik boleh mama belikan. Tiada lagi masakan yang boleh mama suapkan. Tiada lagi tempat baru yang Mama mampu tunjukkan pada Maryam.
Semoga Mariam tenang disana
ReplyDeletei baru lalui ini semalam..bca yassin untuk Alanna & kawan2 dia... lepas sembahyang isyak..masa sampai ayat yg akhir tuh.. kan.. sebak nyer yg amat... sampai basah2 telekong menangis....miss them so much....:((
ReplyDelete:(
ReplyDeleteSpeechless, but just feel like writing something. Semoga mamamaryam diberi kesabaran yg tinggi untuk melalui dugaan yg maha berat ini
Salam singgah,sbg seorang mama,saya juga menitiskan air mata tat kala membaca blog ini,semoga saudari tabah dan terus berdoa agar diri sentiasa kuat menumpuh ujian Allah....
ReplyDeletesemoga terus tabah menghadapi hari-hari yang akan mendatang
ReplyDeleteAl-Fatehah buat Maryam dan kawan2nya di sana!!!
ReplyDeleteBe strong my dear.. Tak tertahan air mata bila membaca entry ini, I just lost for words..
ReplyDeleteKuat kan hati ye.. I know it's hard, I know..
Maryam is a very beautiful name. Dia pasti bahagia di syurga sana..
Sedih sgt bila baca blog akak.. Sy rasa seolah-olah sy yg mengalami sume tu.. Lepas baca je blog akak ni terbit rasa keinsafan, sy mula menghargai detik2 indah dgn anak sy. Sy tkut klu 1 ari nt sy akan melalui apa yg dh akak lalui.
ReplyDelete