Assalamualaikum Maryam,
Dah lama Mama tak jenguk kat sini. Macam-macam dah berlaku sepanjang Mama tak singgah sini. Tak tau tang mana nak mula cerita... Satu yang Mama nak share ngan Maryam adalah pasai Wan.
29 July 2013 adalah kali terakhir mama update pasal Wan. Masa tu Wan baru potong kaki. Recovery journey bagi Wan ada naik turunnya.. Mula-mula tu Wan agak demotivated dan nampak dia takdak semangat langsung. Wan ni adalah someone yang sangat aktif, keluar sana, keluar sini, jumpa kawan-kawan, tengok wayang, lepak kedai buku, lepak surau.
Tapi bila jadi macam ni, memang literally potong kaki bagi dia. Dia terperuk dalam rumah, cuma boleh bergerak ke bilik air, meja makan dan pergi depan tv dengan wheelchair sahaja. Tapi dia seronok sikit bila Khalil dah Yasmin ada kat rumah. Mama pon tiap-tiap hari spend time dengan Wan sebab Mama yang tukar dressing kaki Wan.
Ramai yang takut dengan hal tukar dressing ni.. Tok mmg tau la.. dia memang penakut, nak tengok pon takut. Uncle An tak tau la mana dia pi, memang tak pernah sentuh langsung luka Wan. Tanter yang balik setahun sekali cuma buat muka geli geleman bila tengok Mama tukaq dressing Wan. Dalam hati mama punya mendidih tengok reaction Tanter macam tu, sampai rasa macam nak tonyoh muka dia kat dresing Wan. Kuang hajaq btoi dok buat muka geli geleman macam tu. Dia lupa agaknya dulu masa bontot dia ada cacing siapa yang korek kalo bukan Wan??
OK la, forget about that... ter-emo pulak

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)